PELUANG PERNIAGAAN |
PELUANG JANA PENDAPATAN BERSAMA PERNIAGAAN HPA Secara umumnya, apabila anda menjadi ahli HPA, anda berpeluang menjana pendapatan seperti berikut: 1. Jana pendapatan dengan menjual produk HPA. Anda akan beroleh Untung Runcit 20%-25% untuk setiap produk. 2. Jana pendapatan dengan mengembangkan jaringan atau menaja ahli baru melalui perniagaan MLM Syariah HPA. Anda akan beroleh bonus bulanan/income berdasarkan Nilai Mata yang anda dan kumpulan anda kumpul setiap bulan. Terdapat 11 jenis ganjaran bonus yang ditawarkan. Rujuk Pelan Pemasaran dibawah. |
11 Ganjaran Bonus Hebat HPA 1. Untung Runcit……………………………………………….20% ~ 25% 2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20% 3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….…23% ~ 35% 4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA 5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA 6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26% 7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA 8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…….15% 9. Tabung Pelancongan……………………………………….5% 10. Tabung Perlindungan Takaful……………………..RM70,000 11. Bonus Agen Stok……………………………………………..11% ~ 16% Penerangan Ringkas Plan Pemasaran HPA BELIAN PERIBADI MINIMA yang disyaratkan untuk melayakkan anda mendapat bonus HPA setiap bulan ialah 50 Nilai Mata (NM) (anggaran belian produk antara RM 100-150). Contoh Senarai Produk HPA Dengan Belian 50 NM Contoh Senarai Produk HPA Dengan Belian 100 NM Peratus bonus bulanan diberi berdasarkan jumlah Nilai Mata (NM) yang dikumpul secara:
Jadual Nilai Mata & Peratus Bonus PB: Pengedar Bertauliah (belum berpangkat), PLX: Pengurus Melati (pangkat pertama) Apabila timbunan NM anda dan rangkaian anda telah melebihi 1501 NM, anda akan mencapai kenaikan pangkat yang pertama iaitu Pengurus Melati (PLX). Pangkat dan peratus bonus yang diterima adalah KEKAL dan tidak akan hilang walaupun anda tidak aktif membeli produk HPA pada bulan-bulan berikutnya. Ada CARA LAIN untuk mencapai kenaikan pangkat pertama tanpa perlu mengumpul 1501 NM. Caranya ialah: 1. Anda hadir program PBC 2. Dan lakukan belian bersyarat (300 NM) pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok. Anda boleh memilih sama ada mengumpul 1501 NM ATAU sertai program PBC (beserta belian 300 NM) untuk mencapai kenaikan pangkat. Untuk mencapai kenaikan pangkat kedua dan seterusnya, anda perlu mengembangkan jaringan berdasarkan rajah dibawah. Contohnya, anda akan naik ke pangkat kedua, PRX apabila anda berjaya melahirkan 3 orang yang berpangkat pertama dibawah anda. -------------------------------------------- PELAN PEMASARAN PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) Program perkongsian bijak cemerlang (PBC) merupakan program keusahawanan utama dalam HPA yang akan membimbing para ahli HPA menjalankan perniagaan HPA dengan cara yang betul. Ramai usahawan HPA yang telah berjaya dibentuk dan menjana pendapatan yang lumayan sehingga 4, 5 angka dari program ini. PBC bukan skim subsidi tetapi program ini mengajar cara untuk berniaga dalam alam realiti. Modal yang sedikit dijanakan melalui perkongsian untuk kejayaan bersama. Jika seorang ahli HPA itu tidak mengikuti program PBC, dibimbangi semangat juangnya akan menjadi luntur dan akhirnya mereka tidak aktif dalam memasarkan produk HPA. Program yang bersifat HOLISTIK di mana peserta kursus akan dibimbing sepenuhnya selama 2 hari 1 malam oleh kepimpinan HPA yang banyak pengalaman dengan modul-modul program yang membolehkan mereka memulakan kerjaya sebagai usahawan HPA secara berkesan. Program ini bermula pada 2 Disember 2005 dengan penyertaan awal cuma dihadiri oleh 50 orang peserta di mana kebanyakkannya dari Lembah Klang. Berkat dari usaha gempur mereka yang hadir pada kursus pertama, kehadiran pada kursus kedua yang diadakan pada 28 Januari 2006 telah menjangkau hampir 300 orang. Kali ini para peserta yang datang adalah dari berbagai negeri di Malaysia Barat. Oleh kerana sambutan yang begitu memberangsangkan dari para peserta, maka program selanjutnya terpaksa dijalankan di zon-zon. Hasil dari program PBC ini, maka ramai pemimpin dan pelapis yang dapat diketengahkan dengan lonjakan bonus bulanan yang ketara. Ramai yang telah mendapat bonus 4, 5 angka sebulan dalam masa yang singkat. Kini, PBC dijalankan dengan pesat dalam setiap bulan pada setiap zon. Sekarang ini setiap hujung minggu telah dipenuhi dengan program PBC di merata-rata negeri bukan sahaja di Semenanjung Malaysia bahkan dijalankan juga di Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia dan juga Thailand. Siapa Yang Perlu hadir Ke PBC?
Modul - Modul Dalam Program PBC. Antara modul yang akan diberikan adalah :-
Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM Syariah HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah PENERAPAN ISLAMIYAH yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. Ganjaran Dan Kelebihan Menyertai Program PBC
Tugas anda: 1) Anda hadir ke program PBC + buat belian bersyarat 300 NM 2) Anda dapatkan 6 orang ahli baru pada bulan ke 2 dan membawa mereka ke PBC. Pada bulan ke 3 pula, 6 orang dibawah anda turut mengikut cara anda dengan membawa 6 orang ahli baru di bawah mereka ke PBC. Hanya lakukan proses duplikasi ini sehingga bulan ke 5, bonus anda akan mencapai RM 26, 729. Dengan syarat, setiap ahli juga melakukan belian 300 NM dalam tempoh yang telah ditetapkan. Belian 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada bulan-bulan berikutnya, anda hanya perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan bonus bulanan. * Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian peribadi minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada 2 bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan Melalui Program PBC Selain dari Plan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan, ada juga disediakan plan menjana pendapatan 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan. Ringkasnya tugas anda ialah: 1) Anda perlu hadir ke program PBC pada bulan pertama dan buat belian 300 NM. 2) Menaja seorang setiap bulan secara berterusan hingga 12 bulan dan hadirkan setiap dari mereka ke PBC. Setiap downline anda juga harus melakukan perkara yang sama seperti yang anda lakukan. * Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian peribadi minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada 2 bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok. Berikut ialah kiraan kasar bonus bagi Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan yang kami gelarkan juga sebagai Pembinaan Rangkaian Berterusan (PRB): Fakta Menarik Mengenai Program PBC 1) Sekitar 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sahaja sebulan tapi kini, Alhamdulillah jualan bulanan telah menjangkau berbelas-belas juta RM sebulan. Cawangan Sungai Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta sebulan. Faktor utama lonjakan jualan bulanan ini ialah kerana keberkesanan program PBC yang dimulakan sejak Disember 2005. 2) PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA. Ia mampu menggerakkan pengedar untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Sebelum ini ramai juga usahawan yang lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum baru yang menjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar. 3) Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. 4) Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya tidak disertakan dengan skill untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secara Multi Level Marketing (MLM). Selama 2 hari satu malam dengan bayaran RM180 sahaja, pengedar akan didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya usahawan yang cukup berjaya jika dipraktikkan dengan betul. 5) Oleh yang demikian, pemimpin dan pengedar HPA yang bercita-cita mahu menjadi Usahawan MLM (S) HPA yang berjaya dengan pendapatan bulanan 5 angka, hendaklah menggerakkan jaringan mereka untuk hadir ke PBC. Bagaimana cara untuk menyertai Program PBC ini?
|
|
Peluang Perniagaan
Subscribe to:
Posts (Atom)