Wednesday, 30 March 2011

Selamat Datang Semua

Assalamualaikum wrh wrt.

Welcome to blog KelabHPAUM. KelabHPA Universiti Malaya merupakan sebuah organisasi yang membangunkan   ekonomi  masyarakat melalui Syarikat HPA Industries Sdn. Bhd.  Apa yang dimaksudkan dengan “membangunkan ekonomi masyarakat” adalah melihat kepada peluang yang terbentang luas dalam bidang pemasaran produk halal dan juga meneruskan perjuangan dalam memboikot produk Yahudi.

Ini adalah satu ‘peluang keemasan’ bagi mahasiswa terutamanya kerana melatih mereka dalam bidang perniagaan. Bidang perniagaan atau bidang keusahawanan adalah satu bidang yang memerlukan pengalaman lebih daripada Ijazah. Kadang-kadang, bahkan telah ramai  individu yang tidak mempunyai  Ijazah, telah berjaya dalam bidang keusahawanan ini dengan pengalaman yang dimilikinya. Justeru itu, Kelabhpa UM adalah satu medan pemula untuk mendidik diri individu mahasiswa menjadi usahawan yang benar-benar berjaya, malah lebih berjaya lagi kerana telah terdidik dengan disiplin pengajian yang sistematik.

Kesedaran tentang pembawaan HPA dalam mengenengahkan produk halal dipasaran dunia menjadi faktor penting  mengajak kita bersama-sama berjuang. Kerana tuntutan mencari yang halal adalah satu tuntutan kepada ummat islam. Ini adalah berdasarkan sabda Baginda Nabi s.a.w :

 “Mencari yang halal itu adalah kewajiban setelah kewajiban solat.” (HR. Thabarani dan Baihaqi)

Pentingnya mencari yang halal, dan apabila mengetahui kewajiban itu, dimana pilihan kita? Antara dua pengangan, ingin mengikuti sunnah atau membelakanginya. Sudah pasti kita sebagai ummat islam mesti berpengan bahawa wajib keatas kita mencari yang halal. Jika memilih membelakanginya, samalah kita membelakangi perintah Allah dan Rasulnya.

HPA juga mengajak dan membawa ummat islam berjuang memerangi Yahudi. Kebelakangi ini bertubi-tubi serangan Yahudi kepada Ummat Islam samaada dengan cara zahriah (terang-terangan) dan sirriah(rahsia). Serangan sirriah ini termasuklah dari sudut produk-produk yang dikeluarkan.  Satu kekejaman jika kita membunuh saudara kita sendiri sedangkan mereka merayu-rayu agar dilepaskan seksaan itu. Tapi kita tidak sedar akan kekejaman yang biasa dibuat, wang yang dihulurkan kepada syarikat-syarikat yahudi digunakan untuk membunuh saudara kita. Malah yang menjadi kegusaran, ada juga muslim yang tidak sedar akan serangan ini. Inilah dinamakan satu contoh  serangan sirriah.

Dengan kesedaran inilah, HPA ketika orang-orang yang “hangat-hangat tahi ayam” memboikot produk yahudi, syarikat teruskan usaha boikot dengan komitment yang tinggi dengan satu niat JIHAD FI SABILILLAH, tidak dengan senjata, akan tetapi  JIHAD MEMBOIKOT PRODUK YAHUDI. InsyaAllah matinya seorang pejuang yang ikhlas bersama dengan HPA akan dikurniakan SYAHID oleh Allah Taala.
Oleh itu, marilah bersama-sama kami dalam perjuangan yag suci ini. Marilah bersama-sama kami, dengan satu rasa ukhuwwah dalam berjihad. INSYAALLAH.

KelabHPA UM merupakan satu gerakan ekonomi mahasiswa. Dan saya menyeru kepada seluruh mahasiswa, marilah berjihad bersama-sama kami.

Yang Benar,
Md Noor Auzani Ab Manah
Pengerusi KelabHPAUM(2010-2011)
NO HP: 013-2966257